Monday, 5 December 2011

TREND DAN SAIZ PASARAN

Trend pasaran yang disasarkan terbahagi kepada tiga keadaan. Pertama ialah semasa musim cuti sekolah dimana biasanya ramai pelanggan yang akan melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan. Ini akan memudahkan pihak pengurusan untuk mendapatkan sebanyak mungkin stok terbaru dan terkini untuk dipilih oleh pelanggan. Begitu juga apabila tibanya musim perayaan dan cuti umum. Kebiasaannya, bagi golongan wanita, mereka memerlukan gaya yang berbeza setiap kali tiba musim perayaan untuk menggayakan fesyen baju pelbagai jenis manik yang diminati. Justeru itu, pelanggan sekitar lokasi berpeluang ke butik kami yang menyediakan pelbagai potongan harga dan berpatutan.

Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh dari tempahan pengantin dan tempahan menjahit manik oleh penduduk tempatan tidak kira masyarakat Melayu, Cina dan India. Disamping itu juga, kedudukan lokasi butik yang strategik dan senang untuk dikunjungi oleh pelanggan kerana ia berdekatan dengan pekan membeli belah di Ketereh. Status ekonomi penduduk yang pelbagai tahap samada rendah, sederhana dan berada juga menyumbang kepada penjualan di Butik SueZa Weeding.
 Potensi jualan bagi tempahan penduduk sekitar ialah:

Jumlah Penduduk: 60,000

Bilangan rumah : 60,000/5 (diandaikan sebuah rumah 5 orang penghuni)

= 12,000 buah rumah

Diandaikan 10% daripada penghuni rumah tersebut akan menggunakan perkhidmatan butik pengantin sekurang-kurangnya 2 kali setahun.