Monday, 5 December 2011

PENGENALAN

SueZa Weeding merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal bulan Januari 2012, bagi menjalankan perkhidmatan butik pengantin di sekitar Pekan Ketereh, Kota Bharu Kelantan dan bandar-bandar sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan ini kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2005 lagi. Syarikat ini ditubuhkan atas perkongsian 2 orang sahabat baik iaitu Susani Johari dan Zawanah Junoh. Melalui ini juga maka tercetus Idea untuk menggabungkan nama 2 sahabat ini.

Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar kawasan Ketereh. Sebelum ini perniagaan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Memandangkan sambutan agak menggalakkan,menyebabkan tercetusnya ingin memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membuka sebuah butik yang menyediakan peralatan pengantin. Perniagaan ini akan beroperasi di No. 24, Pekan Ketereh, 16450 Ketereh Kota Bharu Kelantan. Pada peringkat awal perniagaan ini akan menggunakan bangunan kedai di alamat di No. 24, Pekan Ketereh, Kota Bharu Kelantan. Dengan keluasan 30 KM persegi dan dikeliling dengan kedai-kedai lain. Premis ini terletak di lokasi berhampiran dengan persimpangan jalan samada ke Kota Bharu  Melor atau ke Tanah Merah.  Sepanjang jalan ke pekan dan bandar ini terdapat taman-taman perumahan dan kampung-kampung melayu, yang mana pasti mereka memerlukan perkhidmatan butik pengantin  untuk majlis perkahwinan kahwin. Begitu juga terdapat sekolah-sekolah, agensi pendidikan lain, agensi kerajaan dan swasta yang lain yang akan mendapatkan perkhidmatan tempahan manik bagi golongan wanita yang berkerjaya. Dengan kemudahan sIstem jalanraya yang ada, tidak menjadi masalah bagi perniagaan ini memberikan perkhidmatan yang selesa kepada pelanggan.

(Lakaran gambaran lokasi premis perniagaan adalah seperti dilampiran)


Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang berpotensi untuk berjaya kerana terdapat banyak permintaan.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Butik SueZa Weeding ini ialah perkhidmatan pelbagai pilihan set pelamin, bilik pengantin, baju pengantin lelaki & perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak pelanggan. Disamping itu, butik ini menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pengantin yang inginkan kelainan dari yang biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita.

Harga yang ditawarkan di butik ini amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana serta kurang berkemampuan serta boleh dirunding. Ini akan memudahkan pelanggan memilih perkhidmatan yang mengembirakan hari bahagia mereka.  Seboleh mungkin kami ingin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan memandangkan kami mementingkan kepuasan pelanggan dalam memberi khidmat. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan khususnya memberi kepuasan kepada kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat disamping menjana pendapatan.