Perniagaan ini merancang untuk mensasarkan perkhidmatannya kepada keseluruhan penduduk yang memerlukan perkhidmatan bagi melangsungkan perkahwinan khas untuk sesiapa yang bakal bertunang dan bakal pengantin. Manakala ianya khusus kepada golongan wanita berkerjaya dan peringkat umur samada kakitangan Kerajaan atau Swasta, serta golongan pertengahan. Keseluruhan permintaan terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina atau India. Antara kawasan pasaran sasaran ialah :
- Kawasan sekitar Pekan Ketereh
- Kawasan sekitar Pekan Kok Lanas
- Kawasan sekitar Pekan Melor
- Kawasan sekitar Bandar Machang
- Kawasan sekitar Nilam Puri
- Kawasan sekitar Pekan Pulai Chondong
- Kawasan sekitar Bandar Pasir Puteh
- Kawasan sekitar Wakaf Che Yeh
- Kawasan sekitar Kota Bharu
- Kampung Padang Raja
- Kampung Kedai Piah
- Kampung Kadok
- Kampung Kedai Piah
- Kampung Chekok
- Kampung Buloh Poh
- Kampung Padang Kala
- Kampung Dendang
- Kampung Peringat