Pasaran yang baik dan sistematik adalah faktor amat penting untuk memajukan perniagaan bagi mendapatkan pulangan modal dan keuntungan yang tinggi serta kestabilan yang berpanjangan dan berdaya saing.
Strategi Perkhidmatan
Perkhidmatan strategi berikut dapat memajukan lagi perniagaan butik pengantin ini.
a) Sentiasa menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan harga yang
berpatutan.
b) Memastikan tempahan dapat disiapkan mengikut perjanjian masa yang
ditetapkan oleh pelanggan.
c) Sentiasa menunjukkan imej yang baik dan mesra pelanggan ketika berurusan dengan pelanggan.
Strategi Promosi
Perniagaan ini akan menyediakan kad perniagaan dan kain rentang di sepanjang jalan dan risalah untuk diedarkan kepada penduduk kawasan perumahan, pejabat kerajaan, sektor swasta dan sekolah bagi mempromosikan perniagaan ini. Butik juga mengadakan pakej istimewa apabila tibanya musim cuti sekolah, perayaan dan cuti am.
Strategi Harga
Perancangan perlu dibuat bagi menarik hati pelanggan untuk melanggan dengan perniagaan ini, dengan faktor harga yang berpatutan dan menarik mengikut jenis pilihan yang disukai. Memandangkan perniagaan ini dalam perancangan dan belum beroperasi lagi, perniagaan ini akan menawarkan harga yang rendah dan promosi menarik untuk memikat hati pelanggan. Keistimewaan diberi kepada pakej tertentu seperti :
Pakej A : Pakej Berlian (Set pelamin + bilik tidur + baju pengantin + make up + 2
gubahan hantaran)
Pakej B : Pakej Permata (Set pelamin + bilik tidur + baju pengantin + make up )
Pakej C : Pakej Jimat ( Set bilik tidur )
# keistimewaan untuk Pakej Berlian
Strategi Lokasi
Perniagaan ini terletak di kawasan pekan dan pusat membeli belah, berdekatan dengan perumahan dan penempatan yang berpusat dikelilingi taman-taman perumahan yang sedia ada, kampung-kampung tradisi serta bandar-bandar yang sedang
membangun.
Perhubungan Pelanggan
Memandangkan lokasi perniagaan ini terletak di tengah antara kawasan-kawasan strategik, maka tidak timbul masalah perhubungan kerana kawasan penempatan tersebut dan bandar sekitarnya dapat melalui jalanraya yang ada untuk
mendapatkan perkhidmatan dan penghantaran.