Monday, 5 December 2011

MASALAH PEMASARAN

Salah yang dihadapi apabila membuka perniagaan ini antaranya ialah persaingan dari kedai-kedai yang memberi perkhidmatan yang sama. Justeru itu, untuk menghadapi persaingan ini, kami perlu menonjolkan keistimewaan dan promosi yang dapat menarik minat  pelanggan. Begitu juga dari aspek barangan, kami perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan akan  memberi kepuasan kepada pelanggan. Pihak pengurusan perlu mempelbagaikan lagi barangan yang sedia ada.

Keadaan ekonomi juga penyumbang kepada masalah dalam pemasaran produk. Syarikat perlu bersedia andai berlakunya ekonomi naik turun. Ini akan memberi kesan yang besar kepada syarikat. Pelanggan juga semestinya tidak dapat memuaskan hati mereka apabila barangan atau perkhidmatan amat mahal dari harga biasa. Jadi, pengurusan yang cekap dalam memasarkan sesuatu produk perlu ada untuk memudahkan proses ini dan ini akan dapat mengelakkan syarikat dari kerugian yang besar.